Jika di barat, aktiviti sebegini dikenali summer camp dan sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan kanak-kanak di sana. Malah, ibu bapa juga sering berusaha untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlepas peluang mengikuti kegiatan anjuran sebarang perkhemahan, pada setiap kali cuti sekolah.
Anak-anak yang mengikuti kem seperti ini lebih mudah diberikan motivasi, menimba pengalaman disamping berkerjasama dengan kenalan yang baru dari serata tempat. Yang pastinya, bergembira, bersantai sambil mengikuti aktiviti yang kami sediakan.
Tidak kesemua ibubapa berkesempatan membawa anak-anak bercuti di masa cuti sekolah dengan disebabkan kerja-kerja pejabat serta cuti yang tidak diluluskan. Smarts Coach membuka ruang seperti ini buat anak-anak merancang percutian yang lebih bermakna.
Konsep khemah percutian ini diasaskan oleh Smarts Coach pada dasarnya hampir sama dengan summer camp yang popular di barat. Bagaimanapun, kegiatan yang dijalankan di sini lebih banyak menekankan, aspek kepimpinan, kerja berkumpulan dan membentuk jati diri melalui pendedahan latihan fizikal dan rohani.
Biasanya khemah percutian yang dianjurkan mengambil masa dua hingga tiga hari dan memerlukan pelajar atau kanak-kanak berkenaan bermalam di tempat disediakan, sama ada dalam khemah, chalet atau pun asrama. Dengan bermalam, sekurang-kurangnya sehari dan berpisah sekejap dengan keluarga, peserta yang mengikutinya akan lebih mudah untuk diberi motivasi di samping, dapat menimba pengalaman baru.
Dengan suasana dan persekitaran yang baru, peserta lebih mudah dilatih untuk membentuk jati diri. Jika di rumah, motivasi sukar diterapkan kerana mereka mungkin tidak selesa atau rasa terkongkong untuk meluahkan sesuatu kepada ibu bapa.
Hampir semua kanak-kanak yang mengikuti program seperti ini amat menyukainya dan sentiasa seronok serta teruja untuk melakukan atau mencuba apa saja permainan atau kegiatan yang diaturkan.
Kami juga amat mengutamakan ciri keselamatan manakala tenaga pengajar atau jurulatih yang mengendalikan adalah terlatih dan berpengalaman. Semasa pendaftaaran, ibu bapa akan diberi penerangan dan kami akan mendapatkan lebih lanjut butir peribadi anak mereka termasuk, mengetahui serba sedikit tingkah lakunya. Ini penting untuk kami mengenalpasti kanak-kanak itu dan memberikan pengawasan yang sepatutnya.
Selain itu, setiap peserta turut dilindungi insurans bagi memenuhi keperluan jika ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Mengenai tenaga pengajar pula, mereka bukan saja berpengalaman tetapi mesti mempunyai empat ciri utama iaitu ada pengetahuan, perasaan kasih sayang, kelakar dan tegas supaya peserta bukan saja tidak bosan tetapi mematuhi setiap yang diarahkan.
Apa yang kami ingin lakukan adalah untuk berkongsi pengetahuan dengan kanak-kanak dalam usaha melahirkan insan yang ada jati diri dan mampu menguruskan kehidupan.
Selain itu, kami turut berharap dapat membaiki akhlak remaja yang semakin merosot dan sama-sama menjadi wadah penggerak membudayakan ilmu dalam diri masyarakat.
Semasa di kem, setiap peserta akan didedah, dilatih dan mengamalkan apa yang diajar. Apabila pulang ke rumah pula, kami berharap ibu bapa dapat meneruskan kesinambungannya.
Anda mungkin berminat,

Perkelahan Keluarga di Pulau Pangkor ... Day 1 Day 2 Day 3

0 comments:
Post a Comment